Chenta

Chenta owh Chenta!!! sje2 berbual kt blog sendiri..kdg2 xsume org senang utk duduk depan kte n dgr kte membuat luahan persaan atau bebelan kn..so kt sni jer yg aku boleh membebel dn xde org nk marah aku...jd sile bace dn jgn lupe tok komen k...

Monday, August 16, 2010

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika lelaki itu Kau pertemukan denganku kerana jodoh,
Aku mohon agar Kau tetapkan hati ini,
Agar selamanya milik dia.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika lelaki itu Kau pertemukan denganku kerana jodoh,
Aku mohon agar Kau terus tabahkan hati ini,
Agar selamanya kesabaran bersamaku.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika lelaki itu Kau pertemukan denganku kerana jodoh,
Aku mohon agar Kau sematkan dihatinya ehsan tatkala bersamaku,
Agar selamanya aku merasa selesa disampingnya.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika lelaki itu Kau pertemukan denganku kerana jodoh,
Aku mohon agar Kau suburkan kasih sayangnya padaku,
Agar selamanya aku akan tetap segar dalam ingatannya.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika lelaki itu Kau pertemukan denganku kerana jodoh,
Aku mohon agar Kau redhakan hatinya menerima kekuranganku,
Agar selamanya aku tidak akan pernah rasa kecil disamping.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika lelaki itu Kau pertemukan denganku kerana jodoh,
Aku mohon agar Kau uji aku dengan 1001 dugaan,
Agar selamanya aku tidak akan leka dengan duniaku sendiri.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika lelaki itu Kau pertemukan denganku kerana jodoh,
Aku mohon agar Kau letakkan sekelumit amarah dalam dirinya,
Agar selamanya dia tidak akan membiarkan aku terpesong dengan duniawiku.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika lelaki itu Kau pertemukan denganku kerana jodoh,
Aku mohon agar kau tanamkan kejujuran dalam dirinya,
Agar selamanya aku merasakan keikhlasan dalam hatinya.

Ya Allah Ya Tuhanku,

Jika aku tersilap kali ini, aku mohon Ya Allah agar lelaki ini tidak menjadi duri dalam hatiku…
Jika aku tersilap kali ini Ya Allah, aku mohon agar lelaki ini mendapat yang lebih baik dari diriku…
Jika aku tersilap lagi kali ini Ya Allah, aku mohon Kau berilah petunjuk kepada aku dan lelaki ini.

Amin Ya Rabbal Alamin…

6 comments:

Amirah Laili said...

alhamdulillah...mudah2an benar belaka..;)

Aina Rieqa said...

haahahahahahah..
tq ateh...

Unknown said...

wah... sudah hebat berpuisi.. :) suka2!

mudah mudahan dipermudahkan urusan :) hehhe

penyu sejuk said...

aku macam tak caya sbb panjangnye doa ko zue..

ape pun...aku ucapkan tahniah dan selamat mencuba untuk yg lebih terbaik

Naddy said...

insyaAllah. aku aminkan sekali untuk ko.

cakap pasal doa nie kan. aritu kawan aku tulis status dia sebagai doa untuk baiki perhubungan dia dgn seseorang. lepas tu pakcik dia tegur, kata dia nak doa bukan dalam fb, sila amek wuduk dan angkat tangan ngadap tuhan.

sentap gila sape yang baca masa tu. hhuhuhu

Aina Rieqa said...

dayya- hahahhah....xlebih dr sekelumit pengharapan..huhuhuhu..
penyu sejuk- ha ah..sbb bnyk nk mintak..hahha..
mizzyn-maceh..amin. sje2 je, doa yg angkat tangan pun sudah....